Thursday 11 October 2012

Casting Atau Mengilat

Teknik memancing casting atau mengilat adalah teknik memancing dengan melempar umpan tiruan iaitu seperti Sesudu, Plastik lembut, Gewang dan sebagainya ke tengah perairan atau ke kawasan kawasan perairan yang dirasakan ada ikan dengan kekuatan yang maksima untuk mencapai jarak terjauh atau jarak tertentu yang dikehendaki. Cara baling dan karau gewang adalah menjadi cara casting terbaik agar umpan palsu tersebut berenang seolah olah benda hidup dan sekali gus ikan akan menyambarnya.Dengan kekuatan lemparan yang dimiliki oleh memancing, ditambah pula dengan panjangnya joran yang digunakan seorang pemancing dapat menjangkau jarak jarak balingan yang di kehendaki. Kekuatan teknik Casting terletak pada kemahiran seseorang pemancing dengan pengalamannya menggunakan peralatan casting, ditambah pula gewang gewang yang terbaik untuk memikat ikan. Antara tempat tempat yang biasa untuk kasting adalah seperti lombong, tasik, paya, sungai, jeram, muara, kolam rekreasi dan laut. 
 
Peralatan untuk Casting adalah terdiri dari rangkaian set pancing yang berkekuatan ringan seperti Rod light action, Kekili mendatar atau kekili gulung yang bersaiz 3000 ke bawah adalah di sarankan, Tali benang (braided) berkekuatan 8Ib~20Ib. Pambut Mono atau Shock Leader berkekuatan kurang dari 30Ib adalah menjadi pilihan kaki kaki Casting. Pemilihan Gewang juga memainkan peranan penting untuk aktiviti casting. Jenama jenama Gewang seperti biasa yang berada di pasaran adalah seperti berikut:


Basic Lure / Gewang serta kegunaan:

Topwater Baits
Topwater Baits

1 comment:

Unknown said...

Info menarik dan bermanfaat buat kaki casting.

Update terbaru dari Tepen CasterBenarkah pemancing pengotor