Thursday 27 September 2012

Teluk Serabang - End Of The World.


Perjalanan ke Telok Serabang mengambil masa kira kira 1.5 jam dengan menggunakan Yamaha Enduro 30HP twin Power agak memenatkan. Perjalan sejauh itu diselang seli dengan dengkuran melewati enjin boat yang menjana kuasa memecut ke arah tujuan 28km ke hujung ekor negeri sarawak. Perjalanan kali ini diserta oleh 5 orang pemancing dan seorang penulis bebas aka fotographer dari Borneo Post iaitu saudara Garner Wyne Madcat. Beliau masih baru dalam bidang pancingan laut dan tidak hairanlah apabila melihat reaksi beliau benar benar teruja mengambil gambar2 menarik di sekitar kawasan tersebut bagi diabadikan dalam ruangan muka buku beliau.

Image

Image

Image

Image

Sampai sahaja di spot pertama masing masing mencuba berbagai kaedah kasting dan beberapa sambaran kecil memecah kebuntuan. Tiada seekor pun yang sangkut pada lure masing masing.. hampa bercampur lemah jiwa di simpan dalam benak kepala. Haruskah Kami kumpau kali ini?... beberapa spot menarik dan berpotensi telah di tempuh. Tapi semuanya kosong belaka. Semua lure telah di cuba namun sering kali hampa... kosong...kosong.... kosonggggg.....

Image

Image

Image

Image

Image

Image

dan spot terakhir sebulum hilangnya sang mentari... barulah beberapa pasang selipar
berjaya di daratkan... alhamdulillah.

Image

Image

Image

Image

Image

Image


Image

Image

Image

Image

Langit yang cerah tadi menjadi gelap ditelan kepekatan malam aahhh................ kami semua mengeluarkan set bottom dan hanya sekejap kail berlabuh terdengar guruh yang menakutkan dan bermakna hujan akan turun. Alhamdulillah kami berjaya mengangkat sauh dan berlabuh di celah pulau. Tapi Tuhan maha Kaya dan maha mengetahui walau dimana kami berlindung angin serta ombak tetap datang dari segenap sudut. seperti seketul sabut hanyut boat kami dibuai alun dan angin hingga ke pagi dan beberapa kali juga boat kami di masuki air. Saudara Madcat seperti dah tidak tertahan lagi dan mengeluarkan cairan cairan yang nya sulit untuk digambarkan. Aduhhhhh... cuaca tidak mengizinkan hingga ke pagi. Kami semua berlonggok dalam kabin boat menunggu ribut reda.

Akhirnya pagi menjelma barulah selesai kerja yang maha esa. Rupanya Salam perkenalan buat sahabat baru.... alhamdulillah sukur kehadrat illahi kesemua dari kami dapat menjengukkan kepala dari kabin dan.....

Image

Image

Image

Image
Sesi mengeluarkan insuran terpaksa dilakukan sebagai insuran dan sebagai lesen boleh turun lagi ke laut selepas ini... cuma beberapa gambar menarik sempat diabadikan sebagai memori kehidupan seorang pemancing.


Image
Image

Image

Image

Salam sayang buat jenerasi jenerasi yang baru menceburkan diri dalam dunia memancing....

No comments: