Teknik memancing casting
atau mengilat adalah teknik memancing
dengan melempar umpan tiruan iaitu seperti Sesudu, Plastik lembut,
Gewang dan sebagainya ke tengah perairan atau ke kawasan kawasan perairan yang dirasakan ada ikan dengan kekuatan yang maksima untuk
mencapai jarak terjauh atau jarak tertentu yang dikehendaki. Cara
baling dan karau gewang adalah menjadi cara casting terbaik agar umpan
palsu tersebut berenang seolah olah benda hidup dan sekali gus ikan
akan menyambarnya.Dengan kekuatan lemparan yang dimiliki oleh
memancing, ditambah
pula dengan panjangnya joran yang digunakan seorang pemancing dapat
menjangkau jarak jarak balingan yang di kehendaki. Kekuatan teknik Casting terletak
pada kemahiran seseorang pemancing dengan pengalamannya
menggunakan peralatan casting, ditambah pula gewang gewang yang terbaik untuk
memikat ikan. Antara tempat tempat yang biasa untuk kasting adalah
seperti lombong, tasik, paya, sungai, jeram, muara, kolam rekreasi
dan laut.
Peralatan untuk Casting adalah terdiri
dari rangkaian set pancing yang berkekuatan ringan seperti Rod light
action, Kekili mendatar atau kekili gulung yang bersaiz 3000 ke bawah adalah di sarankan,
Tali benang (braided) berkekuatan 8Ib~20Ib. Pambut Mono atau Shock
Leader berkekuatan kurang dari 30Ib adalah menjadi pilihan kaki kaki
Casting. Pemilihan Gewang juga memainkan peranan penting untuk aktiviti
casting. Jenama jenama Gewang seperti biasa yang berada di pasaran adalah
seperti berikut:
- xcalibur
- Yello Magic Lure
- yum
Basic Lure / Gewang serta
kegunaan:
Topwater Baits |
Shallow Diving Crankbaits 0-4 feet Medium Diving Crankbaits 5-9 feet Deep Diving Crankbaits 10-20 feet Lipless Crankbaits Rip Baits Spoons, Blade Baits and Ice Jigs Di Malaysia secara am nya teknik memancing secara Casting ini telah dipraktikkan dengan meluas sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ramai juga yang masih baru dalam bidang ini ingin belajar teknik ini dengan cara yang betul. Cuma di Malaysia ini peralatan mengewang ini mendatangkan sedikit masalah kepada pemancing pemancing baru kerana harganya yang sedikit mahal. Spot spot kasting di sebelah pantai barat semenanjung Malaysia amatlah terhad dan kurang sekali dan tidak hairan lah ramai diantara rakan rakan casting mencari spot spot untuk casting dengan jarak yang sangat jauh termasuk lah ke Sabah dan Sarawak.
1 comment:
Info menarik dan bermanfaat buat kaki casting.
Update terbaru dari Tepen CasterBenarkah pemancing pengotor
Post a Comment