Friday 23 October 2009

Teluk Serabang

Telok Serabang, Rabu 23hb ~ 24hb Sept. 2009. 04 Syawal 1431 Hijrah.





Bermulalah perjalanan aku menuju ke Teluk Serabang dan kawasan laut cetek disekitarnya. Perjalanan yang mengambil masa 1 jam dari JT Sematan dengan menggunakan Boat serta 2 Enjin Yamaha 30Hp dan 15Hp tiba tiba terhenti kerana mengalami kerosakan berhampiran Bedaun. Setelah dibaiki cuma sebuah Injin sahaja yang dapat digunakan sehingga ke distinasi.











Sampai ke Distinasi aku dapat lihat perbedaan air sangat ketara diantara kuala Semunsan dan Telok Serabang dan ini menyebabkan ikan menjadi agak pasif cuma beberapa ekor sahaja anak Kerapu, Landok, Jamah dan anak anak ikan lain yang di pancing pada hari tersebut menggunakan kaedah Pancingan Dasar. Sehingga malam menjelma cuma ikan ikan kecil sahaja yang sudi meragut umpan dan angin selatan tiba tiba menjadi kuat pada sebelah malamnya. Kami mengambil keputusan untuk berlindung di sebelah Pulau Kera iaitu tempat yang paling selamat dari ganguan angin. Pada malam tersebut cuma seekor pari Rimau @ Pari Bintang Sekitar 4 Kg sahaja yang sudi memakan umpan.




Khamis 24hb Sept. 2009 Pukul 6.30 pagi.
Ketika fajar mula menyinsing kami semua bergegas menuju ke perairan cetek Telok Malano (Kawasan Batu Dinding) untuk memancing disana. Aku Mencuba sesuatu yang baru iaitu menggunakan kaedah casting Bulu ( Jenama Bakau. Berat 15gms). Dan inilah Hasilnya, Gerong Belang Seberat 4.2 kg berjaya dijinakkan.

Setelah berpuas hati dengan hasil tersebut kami mengambil keputusan untuk kembali ke Teluk Serabang untuk memancing disana dan dalam perjalanan aku mencuba kaedah light trolling yang menggunakan Set Spinning Shimano Nasci 6000 berserta Rod Popping 9' dan berkekuatan 30~60ib. Dengan menggunakan Lure SeaHawk TPALA 120mm read head berjaya memperdayakan seekor kerapu seberat 3.6kg di sekitar perairan Pulau Gado. Ada juga rezeki yg menyebelahi aku kali nie.









Pada sebelah tengaharinya kami singah sebentar ke Teluk Serabang bagi mengambil air minuman serta berehat sebentar kerana kepanasan yang melampau pada hari tersebut.

Setelah berehat Seketika di sana kami mengambil keputusan untuk ke Kuala Semunsam sekali lagi dengan harapan keajiban akan berlaku disana tapi hampa Air gambut dari hulu sungai yang berwarna gelap masuk dan bercampur dengan air laut menyebabkan semua species yang berharga seperti Gt, Kerapu dan lain lain tidak mau menjamah umpan. Kami semua mengambil keputusan untuk pulang sambil menunggu air pasang.





Sambil merapati Kuala Sungai Sematan aku menyambil nyambil memasang Lure untuk casting diantara air mula bergerak pasang tiba tiba aku melihat sekawan anak Gt tengah boiling lalu aku pun tanpa menunggu lama terus casting kearah kawanan ikan tersebut dah hasilnya seekor anak Gt berat lebih kurang 700gms menelan separuh Lure eupro aku. Di sebelah belakang boat, Abang Fadil pun mencuba Casting menggunakan Lure Eupro juga dah hasilnya melekat seekor anak tetanda dalam 500gm.





Lure Bulu Jenama Bakau yang memecah rekod tangkapan pada hari ini


Ini sahaja yang sempat aku sediakan dari Sarawak untuk tatapan kekawan.