Thursday 11 October 2012

Teknik Penggunaan Umpan Hidup Atau mati



 http://www.kailpancing.com/wp-content/uploads/2012/01/cara-memasang-umpan7.png





Memasang umpan untuk memancing memerlukan teknik yang benar agar umpan tidak mudah lepas dan dapat mengelabuhi ikan. Untk memasang umpan hidup seperti ikan atau udang, memerlukan tehnik khusus, agar umpan tersebut tidak mati dan tetap bergerak untuk memancing ikan buruan mendekat dan memakannya.
Berikut beberapa tehnik memasang umpan hidup :


Cara memasang umpan untuk memancing di permukaan air (Surface Fishing)

Jika kita menginginkan umpan hidup bermain di atas permukaan air dimana ikan yang diburu seperti ikan tenggiri, ikan layaran atau mersuji. Kita memasang mata kail pada umpan ikan hidup pada beberapa bagian supaya umpan ikan tersebut akan berenang hanya beberapa kaki di permukaan air. Kita memasang mata kail pada belakang ikan dekat dengan ekor, boleh juga memasang mata kail di bagian belakang kepala atau melalui mulut ikan umpan tersebut.

Cara memasang umpan untuk memancing ke dasar atau ke bawah (Bottom Fishing)

Jika kita menginginkan umpan hidup kita bermain di dasar atau di bawah permukaan air dimana ikan yang diburu seperti ikan gerepoh (GT), kakap. Kita memasang mata kail pada umpan ikan hidup pada di bagian tertentu supaya umpan ikan tersebut akan berenang di dasar laut atau di bawah air. Kita memasang mata kail pada belakang ikan dekat dengan ekor dimana kail di letakkan pada bagian bawah ikan.

Cara memasang umpan untuk memancing di arus yang kuat atau menggunakan batu pemberat (Fast current or with sinkers)

Ketika kita memancing di arus yang deras, kita memerlukan batu pemberat untuk umpan ikan hidup agar tetap berada di tahap kedalaman yang kita tentukan. Kita memasang mata kail pada umpan ikan hidup pada beberapa tempat supaya umpan ikan itu hanya berenang di dasar laut atau di bawah air. Pasang mata kail di belakang kepala ikan dimana kail diletakkan pada bagian atas ikan atau melalui mata umpan ikan tersebut. Cara ini dapat membantu ikan tersebut berada pada tahap yang ditentukan dan juga ikan tidak akan mati dengan cepat

Umpan hidup, bebrrapa ikan yang menjadi target pemancing musiman, memerlukan jenis umpan hidup, diantaranya tenggiri. Ikan umpan ini dapat dibeli pada nelayan yang melakukan penangkapan ikan dengan alat tangkap sero atau bagan, maupun di bagan terapung ditengah laut.
Cara pemasangannya, mata pancing dikaitkan pada punggung ikan yang masih hidup. Ikan yang masih mampu bergerak ini kemudian dilepas ke laut. Ikan umpan akan berenang ke sana ke mari sehingga mampu menarik perhatian ikan-ikan besar untuk memakannya. Cara pemancingan dengan menggunakan umpan hidup selalunya menggunakan kaedah drift atau melepaskan umpan hidup tanpa menggunakan pemberat




PENJAGAAN UDANG HIDUP

kadang2 kita rasa sangat membebankan untuk membawa udang hidup kelaut kerana proses menjaga dan handling amat rumit. kalau tidak udang itu akan mati. kawan nak kongsikan disini satu tip untuk memudahkan kenkawan semua.

1. masukkan udang dalam tong dengan bantuan motor untuk buih.
2. titikkan ubat untuk pengsankan udang(ada jual di kedai akuarium) mengikut sukatan dan biarkan beberapa ketika sehingga udang landing kat dasar.
3. sediakan ais bongkah selebar 1 kaki persegi dan sekeping surat khabar. masukkan ais tadi dalam peti ais pastu lapiklah surat khabar diatas permukaan air.
4. kutip udang yang dah lemah tadi satu persatu dan susun dalam keadaan baring mengiring. pastu biarkan ia keras beberapa jam.
5. masukkan bongkah ais bersama udang tadi dalam coleman yang ada ais dalam keadaan spt dalam peti ais tadi setiap masa.
6. keluarkan seekor2 bila nak digunakan dan pastikan udang dalam tong sentiasa dlm keadaan sejok.
7. cangkutkan udang tadi kat ekor pastu rendamkan sekejap dalam air laut. dalam beberapa saat buih dalam badanya akan bergerak pastu ia akan melenting dan hidup kembali.

tip kedua untuk mengekalkan kesegaran udang spt masih hidup.
1. dapatkan udang hidup pastu masukkan semuanya dalam tupperware dalam keadaan hidup pastu masukkan air laut sehingga penuh.
2. masukkan dalam freezer sehingga beku dan masukkan tupperware tadi dalam tong coleman yang ada ais.
3. keluarkan sekor demi seekor bila nak gunakan. udang ini kualitinya sama dengan udang hidup dan kadang kala udang itu hidup bila kita turunkan kelaut.


MENCANGKUK UDANG HIDUP DI MATA KAIL


Tip cangkut udang untuk pancingan laut.
kawan rasa semua orang dah tahu macammana nak cangkut umpan udang hidup bahagian ekor tetapi ramai yang tak tahu nak cangkut kat kepala.

kebanyakan ikan suka makan kepada udang terlebih dahulu mungkin kerana tanduk/tombaknya dan sering kita dapati umpan yang kita hulurkan tinggal badan aje. species Kerapu yang bersaiz sedang akan makan bahagian kepala udang sahaja dan badan ditinggalkan. jadi kawan rasa kenkawan kena belajar bagaimana mencangkut matakail kat kepala udang dan boleh tahan lama bahkan lebih lama dari yang dicangkut kat ekor.

1. terbalikkan udang hidup dengan kaki menghadap keatas.
2. selak kaki depan dan perhatikan satu ruang lut cahaya sebelum mulut udang.
3. masukkan mata kail kedalam ruang tersebut hingga ke tengkorak. berhati hati jangan sampai terkena dagingnya.
4. tembuskan dan akan keluar sebelah pangkal tombaknya.
5. sebaiknya jangan dicasting udang tu, hulur aje kebawah.
keadah ini kalau ikan tak makan ia boleh bertahan sehingga 4 ke 5 jam.









Selamat mencuba.













No comments: