Saturday 29 September 2012

Leading Jigging in Sematan

Pantai Sematan terletak di sudut sebelah barat Bahagian Kuching. Jaraknya kira-kira 33km dari Pekan Lundu dan berlatarbelakangkan Gunung Pueh.Keindahan pantai Sematan tetap dijaga untuk menarik pengunjung dari dalam dan luar negara. Usaha pemeliharaan dilakukan dengan menanam pokok-pokok ru di persisiran pantai, batu-batan disusun untuk dijadikan tembok konkrit bagi menghalang berlakunya hakisan ombak dan kebersihan pantai dijaga dengan menyediakan tong-tong sampah.

Oleh kerana ianya berdekatan dengan kampung ku di Lundu, aku dan Bang DinRias
telah lama merancang trip ni. Kami berdua mengambil cuti pada tarikh yang sama untuk balik ke Sarawak kerana kami berdua berkhidmat di Semenajung Malaysia.

Ahlul trip ini ada seramai 5 orang sahaja. aku, Bang DinRias, Okie, Evo dan Lim….. Destinasi asal hanyalah ke sekitar Pulau Gado. Tapi tekong menukar haluan ke Tanjung Datu…. “Pagi esok baru kita ke sana” katanya. Kami ikut aje la. Mana kami nak tau, bukan kami yang bawak bot… Udah tekong beriya-iya nak bawak kami ke Tanjung Datu. “Kadar bayaran tetap sama” katanya lagi untuk menenangkan jiwa kami….

Perjalan ke destinasi mengambil masa kira-kira satu jam. Sementara menanti ketibaan ke sana ada yang tido, ada yang berangan nak tarik ikan dan ada yang buat last menet preparation seperti ikat perambut la, pasang jig la dsb…..

Keadaan laut agak kuncah….. Ada juga beberapa ahli yang mulai pening lalat dan ada juga yang telah menumpahkan cecair dari dalam perut ke laut…. Hehehehehehehe….

Nak mancing dasar pun payah…. Bot beroleng kejap ke kiri, kejap ke kanan,,,,,
Jadi Si Okie pun sepertimana biasa, jigging la mamat tu… Aku pula sibuk nak membottom la kononnya…. Umpan sotong pula, asyik habis digetu ikan kecil….

Bila malam mula menjelma aku pada mulanya sibuk nak nak menyauk sotong yang timbul di tepi bot buat umpan…. Sedang aku menunggu sotong timbul…..

Zzztttttttt…. Reel Okie menjerit….. Dia bertarung dengan pemangsa….. Nah ini habuannya……

Image
“Ini tak boleh jadi” kataku…. Aku dengan perasaan terbakar turut sama jigging selepas itu. Hasrat nak menyauk sotong terus ku lupakan…… Tak lama selepas itu, giliran aku pula bertarung…. Ini hasilnya….

Image
Selepas itu satu persatu pemangsa ini tumpas ditangan kami berdua…..
Entah dah berapa ekor yang menjadi mangsa selepas itu.. Mana sempat nak kira… Baling aje jig, terus bersambut….. Ikan tengah frenzy tibai jig…..
Tak boleh nak buang masa…..


Image

Image

Image

Image

Untuk meracun semua ahlul tentang karan jigging ni aku memberi peluang kepada bang Din Rias pula merasa penangan jigging ni….. Dia berjaya juga akhirnya….. Syok jugak tengok muka dia kena karan….. Hahahahahahaha……

Image
Image
Lihatlah bertapa halus nya rod pancing berbanding ikan yang didaratkan


Image

Aku selepas itu memberikan joran kepada si Lim untuk merasa tarikan ikan guna jig……

Image

Image

Image

Okie pula sedang masih sibuk melayan tarikan ikan sekor demi sekor…. Keadaan berlarutan sehingga tengah malam…. Ini menyebabkan aku dan Okie penat berdiri… Jigging sambil duduk pun banyak hasil yang kami perolehi….. Hujan pada awal kira-kira jam satu pagi membantutkan usaha untuk terus jigging…. Masa itu kami pergunakan untuk merehatkan diri dalam kabin……

Keadaan frenzy semula selepas hujan kira-kira jam 4 pagi……

Ini la semua hasil yang tak seberapa yang kami perolehi untuk trip ini…..

Image

Kasting di Sungai Sematan

December 2010 yang lalu aku pulang ke Sematan tapi waktu monsun begini sememangnya tidak sesuai untuk kasting dan dengan perasaan hampa bercampur campur akhirnya pulang dengan tangan kosong. Sahabat ku Oland yang datang dari Batu 7 Kuching serta Kobis Bungo akhirnya hampa dan alam menjadi saksi kekumpauan kami.


Ada Kambing, Manok, Ikan, Sausage




Acara BBQ malam sebelum pergi kasting keesokan harinya





Oland

Kobisbungo Dan Aku










Kami Semua Kumpau Weh... 

Thursday 27 September 2012

Teluk Serabang - End Of The World.


Perjalanan ke Telok Serabang mengambil masa kira kira 1.5 jam dengan menggunakan Yamaha Enduro 30HP twin Power agak memenatkan. Perjalan sejauh itu diselang seli dengan dengkuran melewati enjin boat yang menjana kuasa memecut ke arah tujuan 28km ke hujung ekor negeri sarawak. Perjalanan kali ini diserta oleh 5 orang pemancing dan seorang penulis bebas aka fotographer dari Borneo Post iaitu saudara Garner Wyne Madcat. Beliau masih baru dalam bidang pancingan laut dan tidak hairanlah apabila melihat reaksi beliau benar benar teruja mengambil gambar2 menarik di sekitar kawasan tersebut bagi diabadikan dalam ruangan muka buku beliau.

Image

Image

Image

Image

Sampai sahaja di spot pertama masing masing mencuba berbagai kaedah kasting dan beberapa sambaran kecil memecah kebuntuan. Tiada seekor pun yang sangkut pada lure masing masing.. hampa bercampur lemah jiwa di simpan dalam benak kepala. Haruskah Kami kumpau kali ini?... beberapa spot menarik dan berpotensi telah di tempuh. Tapi semuanya kosong belaka. Semua lure telah di cuba namun sering kali hampa... kosong...kosong.... kosonggggg.....

Image

Image

Image

Image

Image

Image

dan spot terakhir sebulum hilangnya sang mentari... barulah beberapa pasang selipar
berjaya di daratkan... alhamdulillah.

Image

Image

Image

Image

Image

Image


Image

Image

Image

Image

Langit yang cerah tadi menjadi gelap ditelan kepekatan malam aahhh................ kami semua mengeluarkan set bottom dan hanya sekejap kail berlabuh terdengar guruh yang menakutkan dan bermakna hujan akan turun. Alhamdulillah kami berjaya mengangkat sauh dan berlabuh di celah pulau. Tapi Tuhan maha Kaya dan maha mengetahui walau dimana kami berlindung angin serta ombak tetap datang dari segenap sudut. seperti seketul sabut hanyut boat kami dibuai alun dan angin hingga ke pagi dan beberapa kali juga boat kami di masuki air. Saudara Madcat seperti dah tidak tertahan lagi dan mengeluarkan cairan cairan yang nya sulit untuk digambarkan. Aduhhhhh... cuaca tidak mengizinkan hingga ke pagi. Kami semua berlonggok dalam kabin boat menunggu ribut reda.

Akhirnya pagi menjelma barulah selesai kerja yang maha esa. Rupanya Salam perkenalan buat sahabat baru.... alhamdulillah sukur kehadrat illahi kesemua dari kami dapat menjengukkan kepala dari kabin dan.....

Image

Image

Image

Image
Sesi mengeluarkan insuran terpaksa dilakukan sebagai insuran dan sebagai lesen boleh turun lagi ke laut selepas ini... cuma beberapa gambar menarik sempat diabadikan sebagai memori kehidupan seorang pemancing.


Image
Image

Image

Image

Salam sayang buat jenerasi jenerasi yang baru menceburkan diri dalam dunia memancing....