Sematan Waterfront
Sematan terletak dibahagian ekor Negeri Sarawak. Pekan yang menjadi nadi pembangunan penduduk setempat. Penduduk Peribumi Sarawak yang membentuk himpunan 3 bangsa Merdeka. Himpunan tiga bangsa Melayu, Selakau dan Cina sebagai penyumbang budaya Sarawak.


Banyak tempat tempat menarik yang terdapat disini seperti berbelanja di Bazar Sematan, berehat dan beriadah di Resort Murah, Mandi manda di Pantai, Jelajah sungai menaiki boat, Menyelam di Pulau Talang Talang, Menunggang Basikal lasak, Melihat sawah padi, Belajar mambuat air tuak, Melawat Rumah Panjang serta aktiviti memancing di Laut serta di sungai sungai berhampiran. Homestay juga disediakan bagi mereka yang ingin menginap dalam suasana kampung.
Belimbing Api

Anda juga boleh membeli barangan kraftangan yang di buat sendiri oleh penduduk temptan. makanan laut segar seprti Ikan, Udang, Sotong, Kerang memang mudah di perolehi di Sini. Ketam Kalog atau Ketam Nipah juga banyak di jual di pasar atau terus dari penduduk tempatan dengan harga yang di tawarkan sangat murah. 


Buah Maok
Ketika musim buah buahan pula, berbagai jenis buah buahan di jual di pasar atau di tepi tepi jalan. Buah buahan seperti durian, rambutan, manggis, salak, longan, belimbing api, maok, petai, ngkalak, Terap, Kepayang serta berbagai jenis buah buahan yang kita tidak pernah lihat turut terjual. Sayur sayuran segar seperti rebung, terung asam, pucuk midin, paku uban, sawi dayak, bunga durian serta bermacam macam sayuran kampung penduduk tempatan turut di jual di pasar.



Bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti memancing, anda boleh menyewa boat bagi tujuan memancing di sekitar Pulau Talang Talang, Telok Serabang, Telok Melano serta kasasan sekitar. Aktiviti memancing tidak terhad hanya di laut malahan anda boleh memancing di sungai sungai berhampiran dengan cara menyewa boat dari penduduk tempatan dengan kadar sewaan yang murah.

Image
Sematan Lobster