Thursday 11 October 2012

ETIKA SEORANG PEMANCING YANG BAIK



Sebelum pergi memancing

1. Pastikan semua kelengkapan untuk memancing adalah lengkap. Bukan setakat Rod dan Reel saja, mata, batu, swivel/kekili/clip, perambut, tandok (air masin), shock leader, umpan (air tawar) dan rod holder juga harus diambil tahu. Kalau malas nak check forum, sms kengkawan yang tahu.

2. Sediakan duit yang secukupnya untuk lain lain keperluan seperti duit minyak, tol, makanan dan lain lain.

3. Pastikan kenderaan telah siap sedia untuk berkhidmat. Jangan nak harap penganjur je yang tolong uruskan.

4. Bawa kelengkapan lain seperti baju hujan, baju spare dan lain lain keperluan peribadi bagi tidak menyusahkan kengkawan (kalau ada).

5. Untuk ahli yang dipertanggungjawabkan membeli makanan, beli la lebih lebih sikit. Jangan cukup cukup je, takut nanti tak cukup.

6. Maklumkan kepada keluarga anda mengenai trip tersebut bagi mengelakkan berlakunya sebarang kekeliruan.

Semasa memancing

1. Set/ bincangkan/ buat undian/ giliran bagi membolehkan semua ahli dapat mencuba setiap port yang ade sama rata.

2. Kalau perambut anda buat symposium ngan main line kawan lain, cuba usahakan cara untuk menyelesaikan kekusutan tersebut. Jangan main tibai je, bincang elok elok dengan kawan tersebut.

3. Bile ade rabut, bagi tau la orang lain at least pon tekong atau captain supaya dapat difikirkan samada nak stay kat spot tersebut atau pindah spot. Kesian kat kenkawan lain yang kumpau.

4. Bile jumpa spot bagus, jangan kemut nak bagi tau kat kenkawan yang lain. Jangan bolot sorang spot itu sebab nanti hasilnye akan dibahagi sama rata jugak. (terutama sekali mancing air tawar)

5. Sila berikan kerjasama yang sebaiknya kepada semua kenkawan lain bagi mengelakkan berlakunya perselisihan faham semasa memancing.

6. Jika anda kumpau, jangan tergesa gesa nak balik. Kalau tak larat sangat, tido je dulu. Bagi chance kat kengkawan lain yang tak kumpau. Tak kire la, anda itu captain sekalipun. Perkara kumpau nie tidak tertakluk kepada orang baru sahaja, otai pon kengkadang tu ade gak yang kumpau, so terimalah hakikat.

7. Ikan yang berjaya didaratkan tu janganlah terus nak letak nama. Sakit hati dan mata kengkawan lain tengok. Sebaiknye diletak je terus dalam peti.

8. Ha… kalo nak buat lawak ke, nak ejek ke, tengok tengok la kiri kanan sikit. Jangan nanti sedar sedar ade parang melekat kat kepala korang, sakit dapat, bala pon dapat.

9. Bile naik bot, pastikan keselamatan dan kebersihan bot diutamakan. Ini bagi menjamin keselamatan dan keselesaan kite bersama sewaktu memancing.

10. Bayo ramai ramai, makan pon ramai ramai. Jangan lahap semua, ingat mereka yang tersayang.

11. Diatas bot besar, untuk ahli yang bersembahyang, sila guna air dengan berhemat melainkan anda mencedok air laut. Kat tengah laut tu memang le banyak air tapi bukannye boleh diminum atau dimasak. Jangan sampai ibadah kita menjadikan dosa pada kawan lain yang dok bengang kat kita.

12. Lagi pasal sembahyang di atas bot, kalau boleh tu cari le port yang tidak digunakan oleh pemancing lain, misalnye atas bumbung bot atau di haluan. Boleh sembahyang duduk (teman udah tanye kat ustaz di uniten). Kengkawan lain pulak jangan le bantai lalu lalang kat depan orang yang tengah sembahyang, respek le sikit.

13. Untuk para pelabur, sila kasik warning sebelom membuat pelaburan anda. Kalo kene kat main line teman, confirm teman kembiri ‘adik’ mike buat umpan jerung.

14. Para pengkumpau professional, sila pastikan muntah anda tidak bersepah di lantai bot. Bukan hanya ia akan menyebabkan lantai licin, ianya juga akan membuatkan kengkawan lain tambah kumpau, terutama sekali teman.

15. Sila berpakaian yang sewajarnya. Memang la takde orang tengok tapi tuhan nampak !

16. Untuk mereka yang nak tido, sila pastikan pancing anda telah dikarau dan diletakkan ditempat yang sepetutnye. Jangan biar tergadai tak bertuan, takde balaci nak tolong karau pancing mike. Kalau idak pon, tido le sambil peluk batang pancing, nanti bile strike, mike boleh pilih, nak karau atau humban je pancing tu terus dalam laut.

17. Pada kengkawan lain, tolong kejut atau kasik alarm kat kengkawan yang tido peluk rod tu. Tunjukkan belas ehsan anda secara yang sewajarnya.

18. Pancing, pisau dan mata kail yang tidak digunakan, sila letak ditempat yang selamat. Ia bukan saja dapat menyelamatkan peralatan pancing anda dari dipijak atau tercampak ke dalam air malah ia juga dapat menyelamatkan anda dari dicampak ke air bersama gear pancing anda.

19. Semasa aktiviti casting or jigging, sila toleh kiri kanan atau kasik warning kat kengkawan sebelah menyebelah. Jangan nanti anda di sumpah menjadi popper atau lure lalu dibaling ke air.

20. Bab pakai kasut dalam bot, pada teman terpulang. Elok pakai kasut bagi mengelakkan kaki terpijak mata kail dan benda benda tajam lain yang berselerak. Tak elok pakai kasut kerana lantai bot selalunye licin. Sebaiknye dengo cakap tekong, awak2 or captain masing masing mengenai pemakaian kasut nie.

21. Akhir sekali, jangan berebut spot. Sebaiknye buat undian atau giliran mengikut kemampuan masing masing. Kat depan ke, kat belakang ke, kat tepi ke, sebenornye same je tapi kao udah batu ladung yang ade saiz 2 je, baik le duduk je kat belakang tu. Duduk depan karang, hanyut bersangkut ngan tali kenkawan kat belakang.

Lepas memancing

1. Yang nie paling sensitive, terutama sekali kalau hasil tangkapan tidak seperti yang diharapkan. Sebaiknya dibahagi sama rata. Jangan lupa pada tekong n awak2 atau guide yang banyak membantu. Memang la kita dah bayo, tapi ape salahnye dihulurkan seko dua kat diorang buat lauk.

2. Pada mereka yang berjaya mendaratkan ikan, jangan le cepat sangat nak cop ikan tu, ikan ni. Kalau memang ade special request dari orang di rumah, tak salah dibincangkan terlebih dahulu dengan kawan2 yang lain. Insyaallah, ape problem pon boleh kasik settle punye.


3. Untuk air masin, sebaiknye hasil tangkapan disettlekan sebelom bergerak meninggalkan bot. Ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau kesilapan semasa pembahagian ikan, ye la, takkan sume duduk dalam kereta yang sama. Untuk air tawar, sebelom bergerak keluar dari tempat memancing, dibahagi bahagikanlah ikan tu mengikut sukatan yang sesuai. Kalau perlu potong, potong je n dibahagi bahagikan sama rata.

4. Setiap barang yang dipinjam semasa memancing hendaklah dipulangkan kepada tuannye dan maklumkan kepada tuannye mengenai pemulangan semula barang tersebut. Jangan main tinggal je kat dalam bot atau di tempat memancing, takde macai nak tolong check untuk korang, masing2 udah letih mancing.

5. Sila pastikan semua pembayaran telah selesai dibuat sebelom meninggalkan bot atau tempat memancing. Kerana di waktu ini, guide atau tekong akan meminta bayaran daripada pihak penganjur atau captain anda. Kesian kat captain yang terkontang kanting cover untuk anda. Lagi tak best kalu member lain la pulak yang kene tolong cover sebab captain pon tak bawak duit banyak.

6. Buat post mortem. Bagus untuk memantapkan lagi ilmu pancing kite dan dapat menambah-baik mutu penganjuran. Tak Bagus, kalau sume ahli kumpulan jenis ‘bodoh tak boleh nak diajar, pandai tak boleh nak diikut” buang masa je.

No comments: