Tuesday, 26 May 2009

Pulau Gado

16hb Mei 2009
Aku berpeluang sekali lagi mengikut Abang Ipar ku memancing di perairan Sarawak. Memang aku tak melepaskan peluang keemasan kali ini. Tempat di tuju adalah kawasan Pulau Gado dan kawasan sekitar telok Serabang. Kawasan tersebut adalah kawasan yang berhampiran sempadan Kalimantan Indonesia.
Selepas Zohor kami berangkat dan memulakan perjalanan selama hampir 1 jam menggunakan 2 buah injin Yamaha 30Hp. Membawa seramai 5 orang ahli. Sampai di kawasan tersebut air masih surut dan dengan keadaan cuaca panas menggila kami berlima mengambil keputusan untuk berehat di sebuah Telok iaitu Telok Ah Chir. Sambil makan minum dan ada yang melelapkan mata sambil menunggu air menyorong pasang.

Setelah air bergerak pasang kami semua mulalah menarik sauh bagi memulakan aktiviti memancing..... saksikan jer gambo.....


Sebahagian dari pemandangan indah yang dirakamkan di Telok Ah Chir. Sambil berehat dan menjamu selera sementara menunggu air pasang.










Pada sebelah petang membawa ke malam hannya bebarapa ekor sahaja ikan yang berjaya di naikkan dengan menggunakan teknik Bottom dan 7eye. Umpan pula terlalu sedikit. Semalaman kami menyuluh sotong tapi cuma 8 ekor sahaja yg berjaya di naikkan.
Pukul 4 pagi hujan mula turun mencurah curah di tengah laut menyebabkan kami semua berlindung di dalam kabin dan mengambil keputusan untuk tidur sahaja.
Pukul 6 pagi hari semakin cerah tapi hujan masih belum berhenti. Kami mengambil keputusan untuk memulakan acara tundaan. Baru 5 minit tundaan dengan menggunakan 7 eye di lakukan seekor Cermin sangkut di mata tunda. Kami meneruskan lagi tundaan dan beberapa ekor jemuduk atau panggilan orang Sarawak Mayuk dapat di naikkan. Setelah penat kami menukar cara tundaan iaitu dengan cara Lure trolling iaitu Red head Rapala Magnum 180mm. Baru 100 meter boat bergerak , lure telah disambar oleh seekor Alu Alu berukuran 5 kg. Selepas itu tundaan demi tundaan mengelilingi pulai tiada sambutan.
Akhirnya boat kami menghimpit dinding batu Pulau Gado tesebut. Dengan berbekalkan Popper jenis Sure Catch 120mm pinjam dari abang ipar aku colour pink berjaya memujuk 2 ekor GT atau nama lain Mamong menjamah popper aku dan dengan sekali gus memperbaharui lesen popping aku.

Sambil Kawan aku yang lain masih bergelut mencari rezeki aku dah dapat rilex buat seketika bagi melepaskan penat setelah bertarung dengan 2 ekor GT bersaiz 2 kg lebih setiap seekor. Memang memenatkan.








Setelah berehat dan menghabiskan 2 batang rokok, aku membetulkan set casting aku. Aku memasang Spoon Abu Garcia 20g yang baru aku beli di kedai Reeza sebelum aku pulang ke Sarawak dulu.
Dengan pergerakan perlahan dan berhati hati boat merapat ke batu pulau dan aku memulakan acara casting menggunakan spoon. Sekali cast sahaja sambil boat bergerak tetiba satu sambaran berlaku dengan kuat sekali. Drag mesen Sure Catch White Horse aku berbunyi dengan kuat Sscrreeetttttttttttttt....................................... tanpa henti. Aku bertahan dan membetulkan kedudukan. Anak GT lebar 2 tapak tangan berjaya di naikkan.

Dan beberapa sambaran lagi selepas itu berjaya aku tangani dengan bijak..... 11 ekor anak GT dan 7 ekor anak talang membuatkan aku terlalu letih dan berhenti rehat. Aku puas dan sememangnya aku puas. Memang berbalui aku beli Spoon tersebut


Kat bawah nie ada lah sebahagian dari hasil tangkapan kami yang tidak seberapa tersebut

Nie gambar Tekong Kami Abang Fadil

Dan Yang Ini pula Juru Mudi kami, Ketu Dan Abang Ipar Aku Mazlan.
Hasim tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Baby GT yang kami dapat.

Sekian sahaja yang dapat aku tuliskan dari Sarawak buat tatapan kenkawan. Tak tahu bila akan ke sana lagi... yang aku tahu aku sememangnya rindu Sarawak..




-->

2 comments:

theolrascal said...

bro,

hasil tangkapan ..
kaya ..kaya lu bro..

Shahbudin Talib said...

ini sebahagian dari hasil tangkapan yg di bawa pulang... sebahagian lagi dah di jual pada peraih ...hehehehe... penuh gak peti ais...