Thursday 27 September 2012

Sesekali Beraya Di Sematan


Sebenarnya dah 2 tahun aku tidak berhari Raya di kampung isteri ku di Sarawak. Tahun nie dapat juga beraya disana bersama keluarga tercinta. Alhamdulillah selamat sampai di Sarawak pada tanggal 17hb yang lalu. dan dengan kesempatan yang hanya tinggal 2 hari ramadan sebelum menjelma syawal aku memulakan siri jelajah kampung bersama batang pancing aku. Aku tidak peduli apa kata orang kampung hahahahahaha... dapat sekejap kasting atas rumput pun dah syukur, apalagi kalau dapat kasting kat sungai. Aku mencari cari pintu peluang yang sedikit terbuka supaya hilang sedikit gatal tangan. Berbekalkan katak plastik aku terjah lubuk larangan yang sebatu jauhnya dari rumah.

Bab 1:

Haruan lesen di Sarawak tidaklah  sebesar mana pun,  janji lesen wahahahahahahahah....
Image


Bab II:


Sepupu isteri aku sentiasa meracun dan mengajak aku turun ke sungai yang terletak berhampiran rumah. Kaki kasting Jarang turun ke sungai tersebut kerana tiada boat sewa dan di sungai tersebut ada Bang Yahya. Hari raya keempat aku dah mula geram dan aku ajak sepupu aku turun. biasalah ... orang biasa main bottom... makna tiada barang sebentuk pun lure dalam simpanan.... sesi belajar kasting pun bermula. Dia pandu boat dan sambil berhanyut aku mula kasting semasa air surut. cuma dapat 3 jam sahaja kasting dan air mula pasang semula. acara kasting berhenti kerana jam menunjukkan tepat pukul 5 ptg. tapi hasil boleh lah sekadar lepas gian jer....

Antara gambaran yang sempat di rakam oleh jurufoto yang tidak bertauliah:

MJ Pertama setelah di timbang dan berat hanya 3.2kg

Image


Image





Image



MJ Kedua tidak bergerak jarum penimbang makna gambar tidak diambil sebasar 4 jari sahaja dan di lepaskan ke air semula

MJ Ketiga: sekitar 1.1kg

Image





Image



Keempat oleh tekong, Sesumpit sahaja tapi member dah dapat lesen kasting hahahhaha......


Dan seterusnya kelima... MJ lagi sekitar 1.6kg





Image

Sekian ole ole dari Sematan Sarawak..... 


No comments: