Friday 12 October 2012

Casting - Melatih Ketepatan Lontaran







Bagi pemancing yang suka casting di sungai (casting dengan spinning rod), muara dan Tasik, ketepatan lontaran umpan menjadi sangat penting kerana  di tempat seperti ini terlalu banyak “penghalang” seperti batang-batang pokok, akar-akar, ranting yang hanyut, tumbuhan air, reba dan lain-lain. Ini sedikit berbeza dengan casting di laut dimana kadar sangkutan itu kebanyakan ada di bawah dan bukan di permukaan atau di tengah air. Ketepatan lontaran yang tinggi di sungai atau muara sangat menentukan apakah kita akan mendapatkan strike atau tidak. Kita tahu, spesies sungai dan muara hidup di “rumah” yang salah satu syaratnya adalah di tempat senyap atau aman. Dan bermakna di tempat-tempat yang “sukar” adalah tempat yang harus kita lontarkan gewang kita.


Dan ini bermakna jika pemancing inginkan keputusan terbaik memancing spesies freshwater dan estuary maka salah satu syarat yang mutlak harus dikuasai adalah mampu melemparkan gewang setepat atau sedekat mungkin dengan rumah-rumah ikan tersebut. Bagaimana kalau kita masih bermasalah dengan ketepatan casting? Atau malah belum boleh casting dengan baik? Jawapannya mudah, berlatihlah. Ada bermacam cara casting yang berbeza. Tiga cara yang biasa dilakukan orang adalah overhand, sidearm, dan underhand. Ketiga tiga cara ini adalah berbeza dan cara melatih casting dan ketepatannya pun berbeza-beza.

Overhand/Overhead

Bayangkan Anda berdiri di depan sebuah jam dinding, dan target Anda ada di arah jam tiga. Tataplah target dengan cermat. Peganglah joran selari dengan air. Ketika anda mengayunkan batang joran, pastikan siku anda selari dengan tulang rusuk. Arahkan hayunan joran ke posisi jam 10 dan gunakan pergelangan tangan untuk menyentakkan joran ke depan dan lepaskan kepitan jari anda pada tali dan pada masa yang sama, kira-kira ujung joran berada di posisi jam 11. Ulangi berkali kali hingga arah lemparan Anda semakin tepat dan posisi jatuhnya lure pun tepat di posisi yang kita inginkan.







Sidearm. 
Teknik casting sisi ini lebih susah dibandingkan overhand casting. Bayangkan Anda berdiri di depan sebuah jam. Target kita masih pada posisi jam 3. Pegang joran selari dengan air. Jika Anda tidak kidal, hayunkan joran ke arah posisi jam 7 dan dengan pergelangan tangan anda sentakan dengan kuat joran ke depan dan tepat pada posisi jam 6 lepaskanlah kepitan jari anda pada tali. Ulangi lagi dan terus maksimumkan lontaran dan ketepatan anda dengan menggunakan hayunan joran untuk mengawal lemparan kita.





Underhand. 
Peganglah joran kira-kira sama aras dengan pinggang dan selari dengan air dan pada sudut 45 darjah dari target. Posisikan gewang pada sekitar 6 hingga 8 inchi dari ujung joran. Lalu dengan gerakan yang lembut tetapi bertenaga kemudian Lepaskan kepitan jari  kita pada tali pada masa ujung joran menyentuh dasar lingkaran. Hanya gunakan pergelangan tangan untuk menggerakan joran. Ulangi berkali-kali. Naikkan ujung joran disaat umpan kita lepaskan jika menginginkan jarak lemparan yang jauh.


Beberapa Tip Casting :
Jika teknik casting, jarak lemparan dan ketepatan kita sudah demikian sebaiknya jangan lupakan juga beberapa hal seperti bunyi bising akibat pergerakan atau bunyi casting kita,kerana dengan bunyi bunyian pelik atau pergerakan yang banyak menyebabkan ikan akan lari menyuruk di tempat lain atau menjadi pasif.   menggulung tali secepat mungkin menghindari slack line di hari yang berangin, menggunakan tackle yang seimbang baik antara rod, line, reel dan gewang kita, jangan berlebihan mengisi spool reel kita untuk menghindari birds nest dan lain-lain. Pengunaan pakaian yang bersesuaian dengan situasi sesuatu kawasan juga adalah digalakkan untuk penyamaran bagi keputusan yang memberangsangkan.

No comments: