Friday 5 October 2012

Mata Kail / Fishing Hook


Pengenalan
Mata kail adalah sejenis alat yang digunakan untuk mencangkuk pada mulut ikan dengan kaedah memancing untuk memerangkap ikan tersebut. Mata kail telah digunakan selama berabad lamanya oleh pemancing air masin dan juga air tawar. Mata kail biasanya digunakan dengan diikat dengan sejenis tali yang dikenali sebagai tali tangsi. Terdapat perbagai jenis mata kail yang terdapat di dalam dunia memancing berdasarkan kepada saiz, rekaan, bentuk, dan bahan yang digunakan mengikut tujuan memancing yang tersendiri. Pembuatan mata kail dalam perbagai jenis keadaan adalah untuk memegang perbagai jenis umpan sama ada umpan hidup, umpan mati ataupun umpan tiruan.

Sejarah
Mata kail atau alatan yang seumpamanya telah dicipta selama beribu-ribu tahun dahulu. Mata kail terawal yang telah direkodkan adalah dari palestin dalam lingkungan 9000 tahun dahulu. Manusia telah mencipta mata kail dari perbagai bahan temasuk kayu, haiwan, tulang manusia, tanduk, kulit siput, batu, gangsa dan besi mengikut peredaran zaman sekarang. Dalam perbagai situasi sekarang, mata kail telah dicipta dengan perbagai bahan berlainan untuk meningkatkan kekuatan dan ketahanan mata kail tersebut. Mata kail berkualiti yang diperbuat daripada keluli telah mengambil alih pasaran pada tahun 1600an dan sehingga sekarang mata kail telah menjadi sejenis peralatan professional.

Anatomi Mata Kail
Kebiasaanya apa yang merujuk kepada mata kail adalah pada bahagian mata tajam pada hujung mata kail tersebut yang membusi daging dan mulut ikan. Bahagian yang dipanggil barb pula adalah lebihan pada hujung mata kail yang tidak membenarkan ikan dari tertanggal dari tercangkuk. Lubang atau eye pada pangkal mata kail adalah berfungsi untuk menyambungkan tali tangsi melalui ikatan. Bend dan shank pula adalah bahagian yang menyambungkan mata ataupun point dan shank.

Image

Mata kail kontemporari direka daripada sama ada high-carbon steel, steel alloy dan bersama campuran Vanadium atau stainless steel bergantung kepada kegunaannya. Kebanyakan mata kail yang berkualiti disaluti dengan bahan anti karat. Bahan anti karat ini bukan sahaja diperlukan apabila memancing terutama di laut masin tetapi juga semasa ia disimpan. Ini bermakna mata kail tersebut tahan lama. Tambahan pula, salutan tersebut dapat memberikan nilai estetik yang tinggi kepada pemancing.

 kiter bese mancing tapi kiter tak berape kenal sangat dengan jenis jenis hook... kalau ade pun tulis kat brend mase beli... so dari review ade beberape jenis hook dipasaran...

1. O'Shaughnessy
- hook yang basic yg biasa dijumpai
- ciri ciri keras tahan dan tak mudah melengkung(bend)
- sesuai utk air tawar dan bagus utk air masin.
- shank yang agak panjang serta mata yg agak round shape.
- multi purposed. pelbagai kegunaan lah...
- dipanggil juga sebagai J hook sebab rupe die yg simple mcm J.
- perlukan sentapan awal tuk pastikan mata penetrate mulut ikan.

2. Aberdeen
- masih mempunyai ciri ciri yg same macam hook di atas.
- material sedikit lembut dan boleh di bend.
- walaupun pun lembut masih mampu memegang mulut ikan sampai die patah ataupun lurus sendiri...
- perlukan sentapan awal tuk pastikan mata penetrate mulut ikan.

3. octopus
- material yang agak keras spt no1.
- shank yang agak pendek dan lengkungan mata yang agak besar.

4. octopus circle atau circle hook
- kesinambungan circle hook.
- berbeza pada hujung mata dimana ianya akan dibengkokkan kedlm.
- ini adalah kelebihan istimewa hook ni. dengan penggunaan mata jenis ni kite tak perlu buat sentapan balas... hanya perlu biarkan ikan bawak lari umpan... dan kita tahan.. lagi kuat dier lari lagi kukuh circle hook ni dlm mulut dier.
- akan terlucut sekiranya kita buat sentapan awal.ini kerana rekabentuk die yang agak melengkung.
- sesuai utk CnR. ikan akan lebih tahan sebab hook ni penetrate bahagian mulut sahaja. tp kalau dier telah sumer pun takleh kate ape.. :D:

5. kahle
- lengkungan lagi besar dari circle hook.
- potensi ikan terlepas amat kurang sebab hook ni di design utk cucuk bahagian dlm mulut ikan.
- tak sesuwai utk CnR.
- juga sesuwai utk sentapan lewat. macma circle hook.

6. jig hook
- ha yg ni otai otai SP tau ler nih...
- khas diguna utk mainkan SP dan kekadang live bait.
- tempat ikat tali tu biasenyer macam huruh J besar.

7. treble
- simple aje. mat sembat suke pakai nih..
- mata tige.

8. weelless
- macam mate no 1.
- ade dawai pelindung mate dari tersangkut kat reba.
- sesuwai utk casting live bait di kawasan berbangkar/halangan.
- mat mat casting ruan dulu suke pakai mate nih..

JENIS-JENIS dan ANATOMI MATA KAIL

Image

Image



Image

 Image

 Image
 Image
 Image
Image

Image
 Image
 Image
 Image
 Image

 Image
 KETERANGAN FOTO :

A. MUSTAD - Laser Tech no.4
b. EAGLE WAVE - no. 7
c. MUSTAD - MARUSFIGO no.9
d. EXORI - no.4
e. FIGO - no.5
f. THE ANGLAR - no.4

Semua matakail diatas mempunyai profil flatted head. Anatominya menyerupai bentuk
Sproat, Kirby dan ada juga sedikit Aberdeen. Teras / Shank matakail a,b, & c mempunyai bentuk
'forged cross section, manakala d,e & f pula mempunyai shank yang berbentuk 'regular cross
section'.

Matakail a,b & c adalah matakail lazim yang digunakan dari dulu manakala matakail c,d & e adalah
matakail jenis jarum yang telahpun beberapa tahun berada di pasaran. Matakail c,d & f ini juga
dikenali sebagai 'mata jarum' atau 'mata sabit'.

Manakala sifat 'bend aside' terdapat pada matakail a, d & f.


No comments: