Friday 5 October 2012
Batu Ladung
Saiz pada batu sebenarnya merujuk kepada auns yang biasa digunakan di Eropah.
dan samada batu berlainan bentuk mempunyai nombor yg sama sememangnya nya benar.
Ianya memang mempunyai berat yg sama. (juga berpandukan pada spesifikasi pengilang).
Ada berbelas atau mungkin berpuluh nama untuk sinker/batu ladung.
Antaranya Worm Sinker, Banana Sinker, Bullet Sinker, Rubber Grip Sinker,
Clam Shot,Finesse Drop, Bank Sinker, No Roll Sinker,Split Shot, Egg Sinker,
Pyramid Sinker, Bell Sinker, EyeDrop/Cone Sinker dan entah2 macam2 lagi nama
omputeh.
Juga ada beberapa bahan digunakan untuk membuat batu ladung/pemberat.
Antaranya adalah timah, plumbum dan tungsten.
Disini ada 4 jenis atau nama 'common sinker' yang membentuk puluhan nama sinker/batu ladung.
* (Tulisan dibawah merujuk kepada imej diatas bermula dari kiri)
Walking
Walking Sinker berbentuk rata dan empat segi lonjong. Bertindak baik pada dasar
berbatu dimana ianya akan berada pada atas batu2 tidak bergolek dicelah batu.
Bank
Bank Sinker adalah jenis sinker yang bertindak baik pada hampir semua keadaan.
Berbentuk seperti pin boling mendedahkan kepada arus didasar. Ini membuatkan
golekan didasar kerap berlaku. Boleh digunakan ketika memancing menghanyut,
pada kawasan pantai yang berarus lemah dan kawasan2 sungai.
Egg
Seperti namanya (telur), batu ladung ini mempunyai lubang ditengah2nya.
Tali boleh melaluinya untuk kemudahan mengikat dan bertindak sebagai
pemberat tanpa mengganggu proses tarikan dari ikan. Ikan tidak akan
terganggu dengan berat batu ladung ini kerana hampir tiada beban yang
terlibat ketika proses memakan umpan.
Pyramid
Batu Ladung bentuk piramid ini sememangnya dicipta khas untuk dasar yang
berpasir. Bentuknya ada yang bersegi 3 dan bersegi 4 dengan kilp lubang pada
bahagian atas batu ladung. Bentuk runcing pada hujungnya akan bertindak
dengan 'menerjah' kedalam pasir tatkala mendarat didasar laut dan akan
menetapkan umpan ditempatnya. Bentuk bersegi 3 adalah lebih baik 'operasi
penetapan umpan' daripada bersegi 4 kerana batu ladung bersegi 4 lebih mudah
bergolek kerana 4 permukaan yang lebih kecil.
---------------------------------------------------------------------------------------
Secara hukum sains, bentuk batu ladung yang lebih meruncing akan mewujudkan
aero-dinamik tatkala meluncur diudara sewaktu kita menghayun umpan ke lokasi
yang diinginkan. Namun penggunaan ketika didasar air adalah berbeza2 mengikut
spesifikasi pemancingan. Untuk laut lain, pantai lain, sungai lain dan seterusnya.
Jadi, dari sini, berbagai-bagai bentuk telah direkacipta bagi memenuhi kehendak
pemancing seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment