Friday 5 October 2012
Downrigger
Pernahkah anda dengar situasi macam ni, "aduiii...camner nak mancing nih...air laju sgt!!!batu sekilo pun hanyut gak..."...Jadi rasanya ramai diantara pemancing yang pernah mengalami situasi macam ni tak terkecuali saya. Downrigger ini amat membantu pemancing dan juga menjaga kekuatan joran, mainline dan juga perambut..
Apakah itu ‘downrigger’?
Downrigger adalah sejenis peralatan/aksesori memancing yang terdiri daripada sebatang besi/’arm’, dan ‘rod holder’ yang disambungkn kepada gelung yang diisi dengan ‘steel wire’, dan diturunkan ke dalam air. Pada akhiran ‘steel wire’ tersebut digantung pemberat yang membolehkan ianya diturunkan ke dalam air, tepat ke bawah bot. Pada ‘wire’ akan dilekatkan klip yang membolehkan mainline/perambut disambungkn dengan klip tersebut.
Apakah itu ‘downrigging’?
Apabila memancing di satu2 lubuk, penggunaan ‘downrigger’ akan membantu pemancing untuk menurunkan umpan tepat ke dasar lubuk tanpa gangguan kelajuan arus. Apabila ikan menyambar umpan, perambut akan terpisah dari klip yang disambungkan pada ‘steel wire’ downrigger tadi untuk membolehkan pemancing melawan/menaikkn ikan tanpa beban pemberat yang diturunkan bersama dengan downrigger tadi. Ini juga akan memelihara blank joran dari cedera kerana pemancing hanya menarik beban ikan dan juga ‘force’ dari kekuatan ikan tanpa beban pemberat. (kiranya tarik ikan jelah…tak tarik batu skali…)
\
Kenapa Menggunakan Downrigger?
Setiap joran mempunyai kekuatan atau poundage yang membolehkan pemancing mengetahui kemampuan joran tersebut. Jika pengguna meletakkan beban yang lebih dari kekuatan joran, kebarangkalian untuk joran cedera atau patah adalah tinggi. Sebagai contoh, diri saya sendiri, menggunakan joran berkekuatan 30-50lbs, yang mana saya gunakan untuk pancingan dasar. Pemberat yang mampu ditanggung oleh joran ini, seperti yang saya tengok, adalah batu bersaiz 620 (tu pun nak menangis tengok joran bengkok). Jika saya meletakkn pemberat bersaiz 720, joran akan membengkok dengan agak teruk. Belum dikira lagi jika ikan menyambar (mungkin patah kot…) Jadi, penggunaan downrigger adalah yang terbaik untuk mengatasi masalah ini. Mainline diturunkan tanpa beban bersama dengan downrigger, dimana saya masih boleh menggunakan pemberat yang lebih berat untuk melawan arus dasar supaya umpan sampai tepat ke lubuk. Ini akan menjaga joran saya dari cedera/patah, menjaga mainline dan perambut supaya tidak ‘over force’, akibat pemberat yang diturunkan berlebihan dan juga saya masih lagi boleh memancing walaupun air berarus kuat. Kata orang kalau arus kuat, ikan lagi besar yang duduk kat bawah tu.
No comments:
Post a Comment