Ikan sembilang
Mancing sembilang jika kena musimnya, biasanya kalau habis hujan dan air agak keruh keruh sedikit. Untuk cara mancingnya adalah dengan cara atat teknik bottom dengan ladung timah di bawah dengan perambut 2 atau 3 mata. Umpan bisa udang kupas atau yangg lebih bagus menggunakan udang hidup. Kebiasaan mancing di tepi tepi bagan, dalam suasana air beransur urut atau air hendak pasang, dan waktu pagi adalah waktu paling tepat untuk memancing sembilang
Perambut pancing 2 mata
Boleh juga memancing
sembilang dengan menggunakan umpan anak ketam nipah dengan cara mencangkukkan seekor terus ke mata kail.. Jangan bimbang kerana kerana kulit ketam nipah ini lembut dan mudah dicangkukan ke mata kail. Tapi untuk mendapatkan Ketam ini agak sukar kerana tiada orang menjualnya dan perlulah mencarinya sendiri. Ikan sembilang juga suka makan umpan berupa
kerang putih dan Perumpun.
Ketam Nipah |
Untuk mancing ikan sembilang tidak perlu melempar umpan terlalu jauh, karena ikan ini biasanya
bersembunyi di celah celah batu, kayu atau struktur yang berongga, Ikan ini juga biasanya mendiami tiang-tiang jembatan atau lainnya yang
bersifat menahan arus. Cukup hanya menggunakan pemberat yang kecil dan melemparkannya ke pinggir dengan kedalaman sekitar 25-75 cm.
Saat menggunakan udang kupas ada kelemahannya iaitu setelah umpan
dilempar maka sebelum ikan sembilang memakan umpan biasanya umpan udang
kupas akan dimakan oleh ikan-ikan kecil. Disarankan bagi mereka yang ingin memancing sembilang agar menggunakan udang hidup daripada menggunakan udang kupas.
Sebelum memancing ikan sembilang adalah disarankan agar bertanya-tanya dulu pada kawan kawan yang sering mancing ikan
sembilang di tempat itu dan dimana letak ikan sembilang sering didaratkan.
Soalnya ikan sembilang itu seperti manusia yang mempunyai rumah tempat
tinggal. Tapi rumah tinggal ikan sembilang itu didalam lumpur. Kalau
sudah mengetahui kedudukan rumah ikan sembilang maka senang dan terus sahaja ke kawasan tersebut. Dari pengalaman, jika ingin memancing ikan sembilang adalah lebih baik
mempelajari dan mengetahui diet ikan semilang di sesuatu kawasan tersebut sebelum kita pergi memancingnya.
Tapi awas bisa sengatan ikan sembilang ini boleh membuhuh. Sila segera mendapatkan rawatan di klinik berhampiran apabila terkena sengatan ikan sembilang.
No comments:
Post a Comment