Untuk mengangkat ikan ke daratan, ada beberapa kaedah yang bisa digunakan. Kaedah ini memungkinkan kita untuk menentukan apakah ikan akan kita lepas / release kembali ke habitat asal atau akan dibawa pulang untuk dimakan dan sebagainya.
Yang pertama adalah kaedah mouth pick-up, iaitu cara mendaratkan ikan dengan memegang bibir ikan. Biasanya cara
memegang bibir atau mulut ikan ini menggunakan ibu jari dan jari telunjuk
kemudian mengangkatnya perlahan ke daratan. Kaedah ini cukup baik
terhadap ikan yang akan kita lepas kembali, kerana tidak mengakibatkan
luka pada ikan.
Gaff |
Berikutnya adalah kaedah Netting, iaitu cara mendaratkan ikan dengan cara tangguk atau sesauk. Kaedah ini banyak digunakan oleh para pemancing kerana lebih mudah untuk dilakukan. Selain itu, kaedah ini juga adalah cara terbaik mendaratkan ikan yang akan dilepas kembali.
Landing Net and gaff |
Yang terakhir adalah Eye pick-up, iaitu dengan cara menekan kedua mata ikan sehingga ikan tidak berdaya dan mudah untuk mengangkatnya ke daratan. Kaedah ini juga tidak boleh digunakan ketika kita ingin melepas ikan itu kembali ke air, kerana kaedah ini secara amnya akan merosakkan mata ikan dan boleh menyebabkan ikan tersebut mati.
No comments:
Post a Comment