Friday 19 October 2012

Kaedah Memancing Marlin

Marlin dikenal dengan perlawanannya yang sangat kuat dan hebat, geraknya yang lincah, dan larinya yang pantas, itu lah sebabnya marlin menjadi idaman ramai pemancing, dan merupakan ikon pemancing laut. Ramai pemancing yang sangat berharap dapat menakluki species ikan ini. Para pemancing laut berpengalaman mengatakan bahwa ikan marlin ini sangat hebat perlawanannya. Jenis ikan ini juga sangat cantik. Kalau terpancing, dia melompat ke atas permukaan air dan membuat aksi akrobatik. Sesuatu perkara yang sangat mengujakan bagi seorang pemancing. Semasa perlawanan inilah pemancing harus bekerja keras dan berpikir  bagaimana memenangi pertarungan tersebut.

Jenis-jenis Marlin
Ada beberapa jenis ikan marlin yang kita ketahui, antara nya  ialah : swordfish atau ikan todak (Xiphias galduys Linnaeus), black marlin atau marlin hitam (Makaira indica), blue marlin atau marlin biru (Makaira nigircan), white marlin atau marlin putih (Tetrapturus albidus).

1. Black Marlin atau Marlin Hitam (Makaira indica)


Ikan ini banyak terdapat di Lautan Hindi  dan menjadi buruan dalam kegiatan hobi sukan memancing di Indonesia dan Australia. Selain di situ juga terdapat di LautanPasifik. Berada pada air dengan suhu 21-30 degree Celcius dan jarang dijumpai di perairan sejuk. Ikan ini cepat  dikenalpasti kerana  ini satu-satunya marlin yang memiliki sirip punggung yang kaku.
Sirip ini tidak boleh dilipat ke badannya. Garis punggungnya jarang sekali nampak jelas pada ikan dewasa. Punggungnya berwarna biru tua yang beransur berubah warna menjadi putih pada garis punggung. Jika sedang melompat atau sedang makan maka akan terlihat garis biru yang samar di sisinya. Makanannya terdiri dari sotong, makarel, udang, ikan terbang dan sebagainya
Marlin hitam memiliki tenaga, ukuran dan perlawanan yang menjadi keunggulan pemancing. Ikan ini dikenal dengan kepantasan renangan nya dan diikuti gerak menyelam yang dalam. Ikan terbesar yang pernah ditangkap beratnya mencapai 700 kilogram, sekitar lima kali berat marlin umumnya, di Cabo Blanco, Peru pada 4 Agustus 1953.

2. Blue Marlin atau Marlin Biru (Makaira nigircan)




Ikan marlin biru terbesar yang pernah ditangkap beratnya 637 kilogram di Vitoria, Brazil 29 Februari 1992. Ikan ini hidup pada perairan bersuhu panas. Ikan ini tidak seperti marlin hitam dijumpai juga di lautan Atlantik berada pada kawasan tropik dari lautan tersebut. Ciri ikan ini adalah sirip pektoralnya tidak pernah kaku, malah ketika telah mati masih boleh dilipat ke dalam tubuhnya.
Sirip dorsalnya tinggi dan tajam, tingginya lebih dari lebarnya tubuh ikan. Sirip ekornya besar dan berujung tajam. Ikan jenis ini termasuk dalam petarung yang agresif yang kerap kali melompat ke udara, seakan-akan tidak kenal lelah. Mereka berenang dengan cepat dan kuat. Perlawanannya lebih kuat daripada ikan lain

3. White Marlin atau Marlin Putih (Tetrapturus albidus)
 


Biasanya berat maksimum ikan dewasa jantan hanya 90 kilogram. Sedangkan yang betina sebagaimana ikan-ikan jenis ini boleh membesar menjadi raksasa. Ikan terbesar yang pernah ditangkap beratnya hanya sekitar 823 kilogram yang juga didapat di Vitoria, Brasil pada 8 Desember 1979.
Ikan ini tersebar di lautan Atlantik, Teluk Mexico dan Laut Karabian serta juga di Laut Tengah di Eropah. Ikan ini boleh bermigrasi ke perairan tropika. Dan kerap berada dekat dengan pantai. Ciri yang paling menonjol adalah sirip dorsal, pektoral dan ekornya berbentuk bulat bukan tajam. Sirip pektoralnya dapat dibengkokkan hingga rapat dengan tubuhnya. Garis sisinya sangat jelas. Warna ikan ini lebih mendekati warna hijau dibandingkan marlin lainnya.

4. Ikan Marlin Swordfish atau Ikan Todak (Xiphias galduys Linnaeus)




Berat maksimum ikan ini mencapai 682 kilogram, dan yang terberat ditangkap di Iquique, Cili seberat 537 kilogram. Muncungnya paling panjang, lurus dan lebar. Hidup pada suhu 13 hingga 22 derajat Celcius. Ikan ini ditemukan di hampir semua perairan di permukaan bumi. Ciri paling mudah dikenali adalah sungut tajam yang menyerupai pedang. Pedang ini digunakan untuk bertahan atau membunuh, menyerang mangsanya. Makannya seperti marlin lainnya berupa sotong, lumba-lumba, dan makarel.
Punggungnya bisa berwarna coklat tua keperangan, ungu metalik, biru kelabu atau hitam terus. Sisinya boleh menjadi kegelapan, dan bagian bawahnya putih. Ikan ini sensitif oleh kehadiran boat dan tingkah lakunya tidak menentu walau jarang sekali mereka menyerang kapal. muncungnya nya kerap digunakan untuk memutuskan tali pancing.

Jenis Ikan Marlin Yang Disukai Pemancing 
Jenis ikan marlin yang juga menjadi taget sasaran memancing adalah jenis ikan marlin putih yang memiliki ukuran yang lebih kecil dibandingkan dengan jenis yang lain. Ikan marlin putih merupakan ikan yang terkenal dengan tenaga yang kuat, bahakan biasanya pada saat tertangkap nya ikan ini, ia dapat meloloskan diri dengan melompat tinggi ke permukaan air. Memancing ikan marlin putih biasanya lebih sukar dari species marlin yang lain.

Perkembangan Populasi Ikan Marlin
Kini populasi marlin jauh berkurang. Jumlah ini bergantung pada si pemancing. Dahulu sebelum wujudnya digital kamera, Ikan yang dapat akan di tunda ke pelabuhan dan pada masa yang sama ikan akan mati semasa perjalanan sebelum dapat di ambil gambar. Tapi sekarang telah mudah. dan faktor penyumbang yang paling ketara yang menyebabkan kadar populasi Marling turun dengan mendadak adalah disebabkan aktiviti perikanan yang menggunakan pukat tunda serta jaring hanyut. Ikan marlin memang lazat. Dia merupakan perpaduan antara daging tuna dan tenggiri. Dan steak serta sushi marlin memang terkenal di negara negara seperti Eropah dan Jepun.

Ikan Blue Marlin merupakan ikan yang terdapat di perairan tropika dan berada hampir disetiap benua yang ada di dunia. Dengan suhu yang cukup hangat pertumbuhan plankton yang banyak, ikan seperti tuna dan selar akan dapat berkembangbiak dengan baik dan akan menjadikan perairan tersebut kaya dengan ikan.
Ikan marlin yang merupakan predator tentu saja akan mendominasi lokasi perairan tersebut . ikan ini mendiami perairan  Atlantik, dan Indo-Pasifik serta perairan hangat lain, dan kadang–kadang bermigrasi ke Utara untuk mencari makanan di pertemuan suhu panas dan dingin di Antartika yang kaya dengan ikan-ikan kecil sebagai makanannya.

Meskipun ikan marlin masih belum dikategorikan sebagai ikan yang hampir pupus, namun pemancingan ikan ini sekarang sudah diaju dengan peraturan ketat terutama dari  negara-negara yang memburu ikan ini sebagai ikan yang dikomersilkan. Peraturan ketat ini memberi keizinan bersyarat kepada pemancing untuk menangkap ikan marlin hanya dengan ukuran tertentu dan setiap orang yang akan memancing di negara tersebut diwajibkan memenuhi syarat peraturan yang ditetapkan oleh sesuatu negara.

Cara Mancing Ikan Marlin
Trolling merupakan cara memancing yang paling biasa digunapakai oleh pemancing di laut bagi mendapatkan ikan ikan besar seperti tenggiri atau  ikan marlin. Ikan marlin yang terkenal untuk dipancing adalah ikan marlin biru. Ikan ini dapat mencapai ukuran lebih dari 400 lbs sehingga sangat menantang para pemancing untuk menangkapnya. Sword fish atau layaran adalah species marlin yang biasa terdapat di perairan Malaysia.
Untuk kaedah Trolling, kerjasama yang baik dengan pemandu boat harus dilakukan. Apabila berdepan dengan Marlin Pemandu boat harus  pandai mengendalikan boat agar tali pancing tidak putus dan terbelit pada boat. Caranya adalah dengan mengundurkan boat agar posisi tali kendur dan ada masa untuk menggulung. Memancing ikan Marlin boleh menggunakan umpan buatan maupun umpan hidup berupa ikan tuna kecil atau mackarel dan boleh juga menggunakan ikan selar hidup bagi penggunaan kaedah drift. Umpan ini dipasang dengan mata pancing yang berukuran yang cukup besar sesuai dengan besarnya umpan anda.

 

Ikan marlin biasanya sangat menyukai umpan pada kedudukan di permukaan air. Kerana memang menjadi kelaziman ikan ini pemangsa ikan-ikan yang berada dekat permukaan seperti ikan selar, kembung dan ikan tuna. Ikan marlin yang merupakan predator pelahap dan  memakan ikan-ikan tersebut sambil mengejarnya. Perilaku ikan ini dapat kita ketahui semasa ia tertangkap oleh mata kail kita. Ikan ini akan melompat lompat ke permukaa air bahkan sampai lebih dari 2 M diatas permukaan air.
Oleh kerana ikan marlin memang menyukai umpan permukaan, memang tepat kaedah serta teknik kita gunakan trolling selain dari teknik drift iaitu dengan cara melepaskan umpan hidup tanpa pemberat, teknik pelampung juga boleh digunapakai.

Memancing  ikan Marlin dapat menggunakan umpan buatan maupun umpan hidup berupa ikan tuna kecil atau mackarel juga selar atau kembung. Umpan ini dipasang dengan mata pancing yang berukuran yang cukup besar sesuai dengan besarnya umpan anda. Untuk kaedah trolling sebaiknya anda menggunakan boat dengan kelajuan kira-kira 8-9 knot untuk menarik perhatian ikan ini. Dengan kecepatan ini, umpan yang di tarik akan nampak seperti kawanan ikan kecil yang sedang berenang di permukaan air. Umpan  buatan yang baik adalah yang memiliki warna cukup terang atau menggunakan umpan yang berwarna perak dan terang seperti jenis-jenis ikan yang menjadi makanan utama ikan ini seperti ikan Tuna, ikan mackarel dan jenis ikan lainnya.




No comments: