Thursday 18 October 2012

BORNEO BLACK BASS




Ikan Black Bass (Lutjanus goldiei) atau Papuan Black Snapper terkenal sebagai predator sungai yang mempunyai gigi tajam dan ikan muara terhandal. Ramai pemancing yang tergoda untuk memancing ikan yang konon sebagai yang terkuat dalam keluarga barra ini. Black Bass termasuk spesies ikan air payau dan payah untuk berkembang biak. Jenis ikan inilah yang disasar oleh pemancing untuk merasakan sensasi strike luar biasa. Maklum lah, ikan ini memang susah untuk mendapatkannya baik dari segi tempat maupun cara memancingnya.

Orang Malaysia menyebutnya dengan panggilan KANAI atau TEMBARING. Black Bass termasuk jenis dalam jenis ikan yang usah untuk dipancing baik dari segi tempat dan cara  pancingannya itu sendiri. Black Bass  oleh juga dikatakan Manggrove Jack karena lingkungan habitatnya terletak di hutan bakau atau air payau. Black Bass hanya mampu membesar seberat satu kilogram dalam satu tahun, sehingga ikan ini layak dilindungi dan diwartakan agar tidak musnah. Masih belum ada lagi rekod menunjukkan Black Bass ini ditangkap di Semenanjung Malaysia atau di Sarawak. Black Bass ini biasa di jumpai dan di tangkap hanya di Sabah sahaja. beberapa kawasan di Sabah mempunyai specis Black Bass ini. Antara kawasan yang di kenal pasti di Negeri Sabah yang mempunyai species ini ialah Lahad Datu, Tawau, Sandakan dan Beauford. Mengapa tempat tersebut mempunyai species Black bass?. Kerana kawasan tersebut mempunyai kawasan hutan bakau yang besar dan masih dara serta terpelihara dari pembangunan dan bebas pencemaran. Ini adalah kerana kawasan tersebut masih sukar di ekses oleh oleh orang ramai disebabkan tiada jalan perhubungan.

Taburan habitat Species Lutjanus goldiei


Oleh sebab ikan ini sangat lambat pertumbuhan dan pengembang biakannya, dan banyaknya pemburuan sehingga ikan ini sukar ditemui dan bimbang akan kepupusan nya satu hari nanti. Ikan jenis Black Bass ini pernah biakkan namun gagal dan semua anak ikan ini mati. Oleh itu bagi para pemancing yang tertarik untuk bertarung dengan ikan ini, diharapkan melepaskannya kembali ke habitatnya, untuk menjaga kesinambungan ikan ini. Ikan Black Bass merupakan ikan predator yang mudah sembuh dari stress, jadi tiada masalah jika setelah dilepaskan, anda boleh mendapatkannya kembali tersangkut di kail pancing anda.

Harapan kita cuma satu ikan yang telah dianggap rare ini haruslah dijaga sepenuhnya dari terus kita kehilangan species berharga  dari muka bumi kita dengan cara melepaskan kembali ke habitat asal. Kita boleh memancing sepuas puasnya namun haruslah kita memahami species yang kita pancing tersebut. Dan kita tidak perlu bimbang karena jenis ikan Black bass termasuk dalam ikan predator yang mudah untuk sembuh dari stress jadi mungkin apa yang pernah dilepaskan akan meragut pancing kita semula.

Black bass memiliki bentuk yang hampir sama dengan mangrove jack atau Siakap Merah ataupun Sakap Batu cuma yang membezakan hanya dari segi corak warna. Black bass memilki corak warna yang dominan hitam dengan memiliki garis-garis putih. Ikan black bass ini selalunya terlalu sukar untuk hidup di cuaca ekstrim sehingga walaupun suatu kawasan memiliki tumbuhan paya bakau yang banyak namun ikan ini belum tentu ada kerana black bass sangat payah untuk menyesuaikan diri keadaan persekitaran yang cepat berubah baik dari cuaca dan perubahan air.

 


Dari segi cuaca ikan black bass akan sukar ditemui di mana kadar curah hujan di kawasan tersebut tinggi dan dari segi perubahan air, black bass sangat sensitive dari segi perubahan warna air dan pasang surut air karena Black Bass adalah jenis ikan yang menunggu mangsa bukan pencari mangsa seperti ikan yang lain sifatnya dalam mencari makan mirip ikan kerapu dan juga dapat diistilahkan bahwa black bass bukan jenis school fish atau ikan berkelompok.



Beberapa tips yang boleh digunapakai untuk memancing ikan Black Bass:

1. Ada tiga teknik yang biasa digunakan dalam memancing ikan Black Bass, dan untuk itu pemancing harus mengenalpasti terlebih dahulu teknik apa yang akan ia gunakan serta menyeiakankan segala keperluannya secukupnya. Tiga teknik tersebut iaitu Merawai, Casting dan yang paling efektif adalah Slow trolling. Istilah Merawai digunakan oleh masyarakat melayu Malaysia dan Indonesia juga iaitu dengan cara membiarkan tali pancing berserta umpan dengan jumpah mata rawai melebihi 20 bentuk dibiarkan semalaman di dalam air. Namun teknik ini adalah dilarang kerana boleh  merosakkan ekosistem dan dapat menyebabkan ikan yang dipancing mati.

2. Bagaimana untuk memancing Ikan Black Bass? Di mana dan bila untuk mencari black bass mungkin ini menjadi semakin sukar kerana ikan ini sudah semakin sukar ditemui . Dalam suatu kawasan paya bakau atau air payau belum tentu anda boleh menemui ikan ini.

Ada beberapa hal yang  perlu diperhatikan, iaitu :
  • Yang terpenting sekali bahwa kawasan terbaik ialah ibu sungai ataupun anak sungai yang berair payau tersebut masih jarang atau masih dara untuk dilakukan Slow Trolling.
  • Curah hujan di kawasan tersebut adalah pada kadar normal.
  • Warna air sungai relatif normal dalam segi kejernihan kerana Black Bass tidak berminat dengan air yang masih memilki warna sama dengan kejernihan air laut dan tidak juga menyukai air yang keruh seperi air sungai yang tawar. Jadi kawasan sungai tersebut hendaklah normal dan berair payau dari hasil percampuran air laut dan sungai sehingga hasilnya berwarna coklat namun jernih.
  • Keadaan cuaca juga memainkan peranan dan seelok eloknya 2~3 kawasan yang di tuju tidak hujan dan dalam keadaan matahari bersinar dengan terang.
  • Pasang dan surut air adalah faktor penting sehinnga pada waktu trip kita seelok eloknya bukan pada  keadaan air pasang besar dan juga bukan pada air terlalu surut karena faktor ini akan mempengaruhi pergerakan ikan dan juga corak warna air. Keadaan air begini juga akan mempengaruhi tindakbalas ikan samada ikan menjadi pasif atau sebaliknya.
  • Kaedah Slow Trolling mungkin tidak perlu dijelaskan secara mendalam karena pada am nya kerana kaedah ini sangat berkait rapat pemilihan gewang, corak serta setup untuk trolling. bermaksud ianya lebih menjurus kepada penggunaan gewang yang tepat bergantung pada sesuatu kawasan.

2 comments:

Anonymous said...

bro,

besau betul ye mangroove jack kat gambar paling atas tu ..


Unknown said...

Berat ikan black bass tersebut boleh mencapai puluhan kg bro.... ini menjadi target aku dalam masa terdekat nie....